Baby Activity Tracker (Newborn Tracker (Mobile Apps) Review)

Assalamualaikum & Hi gais!

Anda ibu baru? Pasti tertanya tanya, ada ke apps atau aplikasi yang boleh track aktiviti harian bayi? Yelah. Dah sibuk berpantang, mana dan nya nak godek sangat telefon kan. Apakan lagi nak catit berapa kali baby berak, kencing, menyusu, tidur.

Mari saya kongsikan apps atau aplikasi yang boleh membuatkan ibu tersenyum dan pantau kehidupan baby kita.

Key word: Baby Tracker 

Anda boleh muat turun atau download di Playstore atau Apple Store aplikasi ini:





Dan banyak lagi aplikasi yang sama macam ni, terlalu banyak dalam play store atau apple store. Anda hanya perlu baca review atau try and error mana yang lebih mudah akses dan praktikal untuk mak mak macam kita yang terlalu busy. 

Antaranya yang sempat saya snap:









Ok. 
Sila buat keputusan ya mak mak sekalian. Dan fokuskan apa yang mak perlukan dalam apps tersebut. :)

Mari saya explain untuk aplikasi yang telah saya gunakan hampir setahun, iaitu Baby DayBook

Actually, apps banyak membantu dalam proses perjalanan breastfeeding baby saya sebab mudah untuk track jadual mengepam ketika saya di pejabat.

Ianya boleh track:
  • Breastfeeding - Direct feeding(df) susu ibu dengan baby
  • Nappy - Tukar pampers, popo atau kencing
  • Breast Pump - Pump session, double o single, berapa oz, masa
  • Bottle - Bagi susu dalam bottle, berapa oz, masa
  • Sleeping - Track berapa jam baby tidur, keyin time start tidur & bangun tidur stop kan timer tu
  • Bath - Baby mandi, so boleh pilih, mandi sahaja atau hair wash juga
  • Medicine - Ubat apa, masa
  • Temperature - Track temp baby kalau demam, masa
  • Tummy Time - Timer for tummy time, masa
  • Playtime - Timer for playtime, masa
  • Walking Outside - Masa
  • Other activity (Add baru) - Any activity yang baby buat boleh add sini
Boleh tengok beberapa page yang saya snap dari phone untuk mak mak tengok:

Ni page depan sekali once buka apps tu, ni kiranya tekan jela memana yg kita nak & dia papar kan view dah berapa kali + total oz yang kita dapat hari ini. Best kan? so boleh manage if balik tak cukup boleh cari masa pump lagi. Kalau baby ada pee, mandi atau lain lain pun dia list dalam date harini. so boleh nampak lah apa yg baby kita dah buat, dah pee ke dah mandi ke, dah boleh nampak berapa kali tukar pampers.

Boleh on alarm untuk activity tersebut, kot mak lupa nak bagi anak susu ke kan, ke lupa nak mandikan anak. Hehe



Ada statistics uolls, apalagi yang kamu mahu, boleh tengok macam ni.

Then benda yang paling saya suka ialah boleh track baby kita punya Growth -- berat, tinggi, lilit kepala every month dengan isi data dalam bahagian yang gambar pembaris dekat atas page main belah kanan. Macam gambar di bawah ni, siap dia calculate kan berapa naik berat baby semua.

So boleh nampak pattern kenaikan berat baby kan? Best kan!


Dan paling best, apps ni FREE jee dekat play store, apple store pun FREE Baby DayBook ni.



Selamat Men-download mak mak sekalian! Semoga review ni sangat berguna untuk anda di luar sana 👼


Comments