Cara Memohon Visa USA-Non Immigrant Application

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Bagi sesiapa yang ingin ke USA, anda perlulah memohon VISA USA terlebih dahulu. Sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum ke sana.

Info:
- Sediakan gambar berukuran passport mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan mempunyai soft copy dan hardcopy gambar tersebut. (Klik ini)

Cara-caranya ialah:

1. Sila layari ke http://www.ustraveldocs.com/my/my-niv-visaapply.asp (disitu, anda boleh membaca mengenai jenis visa yang perlu dimohon sama ada Non-Immigrant/ Immigrant Visa dan langkah-langkah untuk memohon.

2. Seterusnya, klik borang DS-160. Oh ya harga visa adalah USD 160. *kadar RM akan berubah pada nilai tukaran wang semasa.



3. Select a location, isi code dan tekan button "Start An Application". Selepas itu, anda perlu menjawab soalan sekuriti. Dan pastikan anda screenshot/salin ID anda,seperti tertera di bawah. 


4. Selepas mengisi segala details yang diperlukan, saya nasihatkan semak segala details pada borang tersebut. Setelah lengkap dan yakin, barulah boleh ke proses seterusnya. Dan save dan print Confirmation Page tersebut. 

Info: 
Bagi saya, saya lebih suka mengisi segala details pada borang DS-160 dan seterusnya membuat pembayaran. Ada sesetengah orang lebih suka membayar dahulu. Ikut keselesaan masing-masing. 

Cara pembayaran boleh dipilih antara tiga(3) cara iaitu : 
  1. EFT (Electronic Transfer Fund), 
  2. JomPAY 
  3. Pembayaran tunai dimana-mana kaunter cawangan AmBank. 

Boleh klik ini untuk makluman lanjut. Dan simpan resit tersebut. 

5. Klik pada page ini. Isi details diperlukan. Di dalam page tersebut untuk membuat permohonan interview di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Klik pada New Application/ Schedule Appointment dan mengisi segala maklumat yang diperlukan dan resit pembayaran. Dan pastikan maklumat tersebut adalah sama dengan borang DS-160 dan telah membayar fee. 

Anda boleh memilih slot temuduga dan jenis penghantaran visa. 


6. Temuduga

Sebelum proses temuduga, sila pastikan anda membawa dan mencetak dokumen yang diperlukan.
Antaranya ialah :
  • DS-160 Confirmation Page
  • MRV Fee payment receipt
  • Appointment Confirmation Letter
  • Passport 
  • Gambar passport (berdasarkan spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak Kedutaan Amerika Syarikat) Klik disini
Documen sokongan (jika perlu) :
  • Slip gaji 
  • Surat pengesahan daripada majikan (jika berkaitan dengan urusan kerja)
Pada hari temuduga, seeloknya anda hadir 30 minit sebelum waktu temuduga. Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang kemas dan sopan. Selipar tidak dibenarkan dan hanya perlu membawa barang yang perlu sahaja.

Prosedur untuk memasuki Kedutaan Amerika Syarikat adalah ketat. Anda perlu beratur di luar, berikan kad pengenalan dan "Appointment Confirmation Letter" untuk mengambil pas pelawat di kaunter. Setelah itu, proses pemeriksaan keselamatan dan tinggalkan telefon bimbit dan senarai barang dibawah. 

Untuk makluman, bagi keselamatan semua pemohon dan pekerja, pemohon visa TIDAK DIBENARKAN untuk membawa :
  • Battery-operated/ electronic devices seperti power bank, smart watch, kamera, MP3, laptop, telefon bimbit dll.
  • Beg besar - travel bags,bagpack,briefcase dll hanya beg kecil sahaja dibenarkan.
  • Makanan
  • Sealed envelopes
  • Rokok dan lighter
  • Objek tajam seperti pisau, gunting dll
  • Senjata api atau bahan letupan
  • Pepper spray
Kemudian, pergi ke bangunan utama. Disitu juga ada pemeriksaan keselamatan dan seterusnya ke ruangan beratur di dalam ruangan lain. Selepas itu, anda akan beratur di kaunter pertama untuk menyerahkan passport dan scan jari.

Setelah itu, beratur untuk kaunter kedua. Kaunter kedua adalah untuk sesi temuduga. Soalan biasa akan ditanya adalah : Mengapa/Tujuan pergi ke USA? Berapa harı ke sana? Apakah pekerjaan anda? Dll.

Apabila selesai sesi temuduga, penemuduga/interviewer akan memberitahu visa anda lulus atau tidak. Jika lulus, anda akan terima visa dalam masa 3-4 harı mengikut kaedah tuntutan passport anda. Jika gagal, visa application anda akan disemak semula dan perlu emailkan details yang diperlukan (proses ini memakan masa sedikit).

Sekian.

Good Luck!






Comments

Popular Posts